Nicks00′s Blog

Just another WordPress.com weblog

Koleksi Teka Teki

Soalan

1-Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?

2-Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?

3-Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?

4-Pokok apa bila manusia nampak dia lari?

5-Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?

SELAMAT MENJAWAB….HIK3

Jawapan

1. kaen pelekat cap gajah dok
2. nyonya jatuh
3. penyapu or mop
4. pokok nk tumbang
5. due2 bleh di goreng…..

Soalan

1.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?
1. Air hitam.
2.Buta apakah yang boleh nampak?
2. Buta hati dan buta perut.
3.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?
3. Ikan kembung.
4.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?
4. Michael jackson
5.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?
5. Singapura
6.Kenapa idung lembu berair?
6. Lembu tak tahu kesat idung dengan tisu. Lagi satu bau tuan dia.
7.Burung apakah yang paling penyayang?
7.Burung belatuk. sebab dia bela atuk.
8.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?
8. Motosikal & basikal. sebab dia ada tongkat.
9.Lembu apakah yang selalu dicari?
9. Lembu yang hilang.
10.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau… apa dia?
10. Kentut.
11.Bom apakah yang tak pernah meletup?
11. Bomba & kuih bom
12.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

12. Teksi.

Teka – Teki Lawak

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid…
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam…hehehe….. ok x … lawak x…

Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak…..kira 2 alam la niiii….. ha jwp2…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi…Ha…ha…ha…

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…
huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

Koleksi 1

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.

Apa beza disini dan disana?
- Huruf ‘i’ dan ‘a’.

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

Koleksi 2

Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.

Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.

Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.

Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.

Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.

Koleksi 3

Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
- Bayang-bayang.

Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
- Gunung Everest.

Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
- Peta.

Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
- Monyet jadi ramai.

Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
- gunung meletus, tali putus, orang mampus.

Koleksi 4

Ikan apa nama seperti orang?
- Ikan bakar.

Burger apa yang paling happy?
- Bergembira.

Air apa paling berani?
- Air terjun.

Jin apa boleh menyanyi?
- Jinbara.

Kucing apa pandai menyanyi?
- Alleycats.

Koleksi 5

Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?
- Sebab batu tak pandai berenang.

Lubang apa yang buat kita segar?
- Lu bangun.

Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
- Orang Hamil.

Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
- Jalan je kat tepi.

Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
- Motor, sebab ada tongkat.

Koleksi 6

Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
- Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat.

Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?
- Ayam kena pijak gajah.

1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia?
- Nombor plat kereta.

Ia boleh pecah tanpa disentuh?
- Janji.

Apakah warna telur burung merak?
- Burung merak tidak bertelur.

Koleksi 7

Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
- Belakang awak.

Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
- Penunggang kuda.

Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
- Teh.

Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.

Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.

Koleksi 8

Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
- Stokin.

Ikan apa banyak di atas jalan raya?
- Kelisa.

Datuk apa boleh terbang?
- Datuk burung.

Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung.

Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
- Bayang-bayang istana.

Koleksi 9

Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
- Jambatan.

Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
- Satu, sebab dah mati.

Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
- Bapa awak.

Bom apa tidak meletup?
- Bomba.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
- Jamban.

Koleksi 10

Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
- Cukai jalan.

Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
- Itik beradik.

Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.

Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.

Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.

Koleksi 11

Berapa kaki seekor kerbau?
- 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
- Kedua-dua tak boleh terbang.

Binatang apa paling dibenci anjing laut?
- Kucing laut.

Adakah ayam berkokok siang-siang?
- Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
- Telur.

Koleksi 12

Ayam apa yang bertelur di mana saja?
- Ayam betina.

Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?
- Ayam jantan tidak bertelur.

Kenapa anak babi jalan tunduk?
- Kerana malu ibunya seekor babi.

Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
- Kerana ibunya bukan seekor babi.

Kenapa superman pakai baju ada huruf ‘S’?
- Kerana kalau pakai ‘M’ atau ‘XL’ nanti longgar.

Koleksi 13

Buka baju, pakai bedak, terjun kolam… Apakah ia?
- Pisang goreng.

Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi….?
- Tumpah la.

Sungai apa paling tajam?
- Dungai Lembing.

Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
- Orang utan.

Ikan apa yg miskin?
- Ikan kering.

Koleksi 14

Orang apa boleh dibuat menggoreng?
- Orang minyak.

Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
- Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.

Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
- Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.

Jalan Ampang, bengkok di mana?
- Di Thailand.

Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
- Jagung.

Koleksi 15

Bintang apa paling dekat dengan bumi?
- Bintang tiga.

Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
- Kerana bukan jodoh.

Tembak lantai kena hidung?
- Kentut.

Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
- Pohon maaf zahir dan batin.

Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
- Kapal terbang jatuh dalam laut.

Koleksi 16

Buah apa yang tidak mempunyai otak?
- Semua buah.

Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.

Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
- Letak di depan cermin.

Koleksi 17

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.

Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.

Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.

Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina – ikan duyung, ikan jantan – ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

Koleksi 18

Kucing apa ada tiga kaki?
- Kucing cacat.

Lembu apa ada sembilan kaki?
- Lembu kat kaki lima.

Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
- Kedua-duanya spesies ikan.

Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
- Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.

Kalau gunung didaki, daki?
- Disabun la.

Koleksi 19

Makanan apa yang paling cicak takut?
- Gula-gula getah.

Kenapa orang kata alien tu wujud?
- Sebab orang yang kata tu kawan dia.

Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?
- Akupuntur.

Kenapa kucing tak boleh terbang?
- Ada ke kucing boleh terbang?

Binatang apa ada kaitan dengan buah?
- Cacing kerawit (kelapa sawit).

Koleksi 20

Kuih apa kita tak makan kat tengah?
- Donut.

Ada tiga orang gila, mereka tanya satu soalan, gunung apa orang tak boleh daki? Gunung apa?
- Kalau awak jawab, sah gila!

Perut bertemu perut, lepas dimasukkan keluar air. Apa dia?
- Mesin tebu.

Sebelum masuk ia keras, selepas masuk ia lembik dan melekit. Apa dia?
- Gula-gula getah.

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih kuat?
- Perempuan. (Sebab perempuan bawa dua buah gunung, sedangkan lelaki hanya bawa dua biji telur)

Koleksi 21

Gas apa yang tidak terapung?
- Penyedut hampagas.

Mi apa warna hitam?
- Misai.

Kalau kita kehilanganya, kita sendiri tak boleh cari?
- Hilang akal.

Negara apa yang sentiasa perlukan makanan?
- Hungary (hungry=lapar)

Masukkan jari, keluarkan balik ada lendir dan melekit. Apa itu?
- Korek hidung.

Koleksi 22

Ular apa yang paling panjang?
- Ulasan.

Jauh di mata, dekat di hati?
- Usus.

Men apa yang berada kat atas?
- Mentol.

Gula apa yang tak manis?
- Sugar daddy.

Pemain sukan yang pentingkan masa?
- Felipe Massa.

Koleksi 23

Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
- Dia penipu.

Ular apa yang boleh digunakan untuk memasak?
- Ular senduk.

Binatang apa paling pemalas?
- Singa, sebab dia malas cukur janggut.

Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
- Kuda menyorok.

Hari apa makan orang?
- Harimau.

Koleksi 24

Kuda apa yang tiada kaki?

Mata apa yang tajam?

Ibu apa yang boleh dimakan?

Berjalan guna 2 kaki, berhenti sekejap guna 3 kaki, bila berhenti lama guna 4 kaki, siapakah dia?

Bunga apa yang boleh di makan?

JAWAPAN
- Kuda laut.
- Mata pedang.
- Ibu roti.
- Motosikal.
- Bunga telur.

Koleksi 25

Dia manusia, tetapi tidak tidur, tidak makan, atau mati. Siapa dia?

Binatang apa yang hidupnya selalu bergantung pada ibu?

Kuih apa yang pembungkusnya di dalam, isinya di luar?

Batu apa yang boleh di makan?

Ikan ini boleh digunakan untuk mengikat. Ikan apa?

JAWAPAN
- Raja(dia beradu, santap, dan mangkat)
- Kanggaru
- Kuih salah bikin
- Mana ada.. Huhuhu
- Ikan Talipia

Koleksi 26

Bab berapa tiada dalam buku pelajaran?

Alat menyelam, tetapi ada kat internet. Apakah ia?

Gunung apa yang mempunyai tiga cabang?

Macamana nak buat duit dalam masa singkat?

Banyak-banyak kelapa, kelapa apa yang popular?

JAWAPAN
- Babi.
- Google.
- Gunung Daik.
- Ambil pen, kemudian lukis duit kat atas kertas.
- ‘Kelapa dan orkid baik untuk rambut’

Koleksi 27

Bas apa yang tidak boleh di undur?

Scorpion kaler apa?

Banyak-banyal lap, lap apa yang tiada kat litar F1?

Ahli sukan yang kuat menonton televisyen?

Pisau dengan kertas yang mana lebih tajam?

JAWAPAN:
- Basikal.
- Kala jengking.
- Laptop.
- Tonton Susanto.
- Tentu la tajam pisau. Huhuhu…

Koleksi 28

Kenderaan apa yang paling menakutkan?

Jenama apa yang paling mahal?

Sukan apa yang paling jahat?

Bom apa yang anti pada api?

Sel apa yang berada kat luar badan?

JAWAPAN
- Lori hantu.
- Yamaha.
- Bad(jahat)minton=Badminton.
- Bomba.
- Seluar.

Koleksi 29

Selain dari tembok, pagar, dan tiang apa la yang boleh dibuat sempadan?

Air yang bukan dalam keadaan cecair?

Ubat ini biasanya berwarna hijau, tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?

Gunung apa yang selalu berbangga?

Hutan apa yang popular di internet?

JAWAPAN
- Benda baik. (“benda buruk dijadikan teladan, benda baik dijadikan sempadan”).
- I (saya).
- Ubat nyamuk.
- Gunung Fuji (selalu kena puji).
- Amazon (amazon.com).

Koleksi 30

Kuih apa yang paling selamat?

Kereta apa yang dah sah kita tahu yang ia ada hon?

Bilakah masanya seseorang itu menutup aurat walaupun sebelum ini tidak?

Banyak-banyak nasi, nasi apa yang orang tidak makan dan jika diterima akan dibuang?

Banyak-banyak peralatan, peralatan apa yang selalu minta untuk ke Amerika?

JAWAPAN
- Kuih koci.
- Honda.
- Bila dikafankan.
- Nasihat.
- Senduk (send UK).

Koleksi 31

Jika seorang imam sedang solat, tiba-tiba datang seekor anjing lalu menjilat kakinya. Adakah solat imam itu sah?

Ada satu jambatan yang kukuh sekali, mula-mula datang seekor gajah tetapi jambatan itu tetap teguh, kemudian datang pula seekor semut dan jambatan itu roboh. Kenapa?

Jika diberi kertas ini anda tidak akan membakarnya?

Siapa yang boleh dirunding mengenai soal hati?

Kawasan paling banyak air?

JAWAPAN
- Sah. Kerana anjing itu menjilat kakinya, bukan kaki imam.
- Kerana jambatan itu hanya kukuh sekali sahaja.
- Duit kertas.
- Doktor la. Huhuhu…
- Airport.

Koleksi 32

Apabila ditarik, yang berada diatas gembira, tetapi yang berada di bawah merana. Apakah itu?

Kenapa ultraman ada kat Jepun?

Banyak-banyak jus, jus apa untuk kamu?

8 tolak 3 = ??

Kenderaan yang paling over di dunia?
JAWAPAN
- Memancing.
- Sebab raksasa banyak sangat kat Jepun.
- JUSt for you.
- 3 akan jatuh.
- Hoverkraf.

Koleksi 33

Kereta ini besar, tetapi kalu diberi percuma tiada siapa yang ingin naik. Kereta apa?

Gunung apa yang kematian suami?

Sungai apa paling banyak air?

Tie apa berbelang-belang?

Kerja apa yang wanita tak boleh join?

JAWAPAN
- Kereta mayat.
- Gunung Kina(balu).
- Sungai Missisipi (air = i).
- Tiger.
- Salesman la. Kalau wanita orang panggil Saleswoman.

Koleksi 34

Banyak-banyak binatang, binatang apa yang boleh digunakan untuk mencapai buah di atas pokok?

Bandar ini terletak di Malaysia, tetapi kepunyaan orang putih. Bandar apa itu?

Ikan ini ada masalah kulit?

Kawasan yang suka membandingkan dirinya dengan yang lain?

Banyak-banyak coklat, coklat apa tidak boleh dimakan?

JAWAPAN
- Udang galah.
- Georgetown (kat penang)
- Ikan Jelawat.
- Tasik Banding.
- Kumpulan Cokelat (dari Indonesia)

Koleksi 35

Pokok apa lebih tua daripada kita?

Selain binatang, apa lagi yang makan padi?

Tempat apa yang paling suka dikunjungi oleh duda?

Binatang yang suka vacation?

Kelab bola yang ada kaitan dengan tubuh badan?

JAWAPAN
- Pokok (KAK)TUS.
- Pagar. (harapkan pagar, pagar makan padi)
- Kampung Janda Baik.
- Ikan Kelah.
- LIVERPOOL (liver=hati)

Koleksi 36

Telor apa yang paling ganas?

Sukan apa yang paling memenatkan?

Yang membuat tidak memerlukanya, yang membeli tidak memakainya, dan yang memakai tidak memesanya. Apa itu?

Jika orang bisu boleh bercakap, apakah perkataan pertama yang akan dicakapkan?

Sebutkan perbezaan nasi ayam dan nasi lemak?

JAWAPAN
- Telor puyuh, pasal ada banyak tatu.
- Catur, kerana memerlukan kita mengangkat kuda.
- Batu Nisan.
- Test-test 1,2,3 .
- Kira-kira 50 sen.

Julai 6, 2009 - Posted by | Artikel

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: