Nicks00’s Blog

Just another WordPress.com weblog

Buat Blog Percuma Dengan WordPress.com

Pada entri yang lalu saya telah menerangkan tentang:

Sebagai sambungan kepada siri membuat blog di SembangKomputer.com, kali ini saya akan memberikan sebuah tutorial ringkas tentang cara-cara membuat blog percuma di WordPress.com

Daftar di WordPress.com

  • Terlebih dahulu, anda haruslah mendaftar di WordPress.com. Pergi ke laman Wordpress.com dan klik pada butang “Sign Up Now!”

  • Pendaftaran di WordPress.com adalah sangat mudah. Isikan borang yang diberi dan klik Next setelah selesai.
    daftar WordPress.com

  • Kini, buka emel anda untuk mengaktifkan akaun WordPress.com tersebut

    daftar WordPress.com

  • WordPress.com akan memaparkan mesej yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Kini anda sudah boleh login ke dalam blog anda.
    daftar WordPress.com

Mulakan Menulis!

  • Setelah anda login, WordPress.com akan memaparkan blog-blog yang anda miliki. Klik mana-mana blog untuk mula menulis.
    Wordpress.con

  • Untuk menulis entri baru, klik pada Write > Post
    Wordpress.com

  • Jika anda ingin sertakan gambar dalam entri tersebut, klik pada butang “Insert image” atau “Add an image”
    Wordpress.com

  • Setelah siap menulis entri anda, klik pada butang Save supaya ia akan dipaparkan pada blog anda.
    Wordpress.com

  • Contoh blog yang dihasilkan:
    Wordpress.com

Buat Page Dalam Blog Anda

  • Berbeza dari entri biasa, Page adalah bahagian khas dalam blog anda. Page akan setiasa kelihatan pada muka hadapan blog, suapaya senang pembaca nak klik. Contohnya page adalah bahagian “Tentang Saya” yang boleh anda isi dengan profil diri anda.
    wordpress-18

  • Untuk membuat satu page baru, pilih Write > Page
    Wordpress.com

Tukar Tema Blog Anda

  • Untuk menukar tema bagi blog anda, pilih Design > Themes.
    Wordpress.com

  • Di sini anda boleh pilih dari mana-mana tema yang disediakan. Klik pada tema yang anda mahu.
    wordpress-10

  • Pastikan anda klik pada “Activate” bagi mengaktifkan tema baru tersebut.
    Wordpress.com

Ubahsuai Sidebar Anda Dengan Widgets

  • Untuk mengubahsuai sidebar pada blog anda, pilih Design > Widgets.

  • Klik pada Add untuk menambah mana-mana Widgets dan klik Edit untuk mengubahsuai Widgets tersebut. Setelah selesai, klik pada butang “Save Changes”
    Wordpress.com

  • Contoh sidebar yang dihasilkan:
    Wordpress.com

Ok, itulah dia tutorial ringkas mengenai cara penggunaan WordPress.com. Saya harap tutorial ini dapat membantu sesiapa yang baru nak cuba-cuba menulis blog ini. Nantikan pula tutorial membuat blog di WordPress.org menggunakan hosting dan domain sendiri ya ^

Oktober 17, 2008 - Posted by | Internet

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: