Nicks00’s Blog

Just another WordPress.com weblog

“Allah Maha Pemurah”-Cerita Ayah kepada Luqman

“Allah Maha Pemurah”-Cerita Ayah kepada Luqman

“Ayah, tadi kawan di sekolah tanya, kalau Allah itu Maha Pemurah, apakah tanda-tandanya?” tanya Luqman.
“Ya, Allah memang maha pengasih. Ada banyak tanda-tandanya.”
Ada banyak?”….

“Tetapi ayah hanya akan menceritakan salah satu daripada tanda-tanda tersebut”. Ujur Si Ayah kerana dia tidak mahu memeningkan kepala si anak kecil ini.

“Tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t sebagai yang Maha Pengasih ada disekeliling kita, asalkan seseorang itu MAHU BERFIKIR. Allah s.w.t berfirman bermaksud;


“….Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
(Al-Nahl-Ayat ke 11)

“Antara seketul emas dan seketul makanan, yang manakah lebih diperlukan oleh manusia?” tanya Si Ayah.

“Tentulah seketul makanan sebab makanan diperlukan untuk hidup dan untuk memberikan manusia tenaga. Sedangkan emas merupakan objek dagangan dan perhiasan kepada manusia”. Jawab Luqman pantas.

“Antara air dan makanan yang manakah lebih diperlukan oleh manusia?” . Si Ayah terus menguji Luqman.

“Tentulah air sebab manusia hanya boleh hidup dengan kira-kira tiga hari tanpa air. Tetapi manusia boleh hidup tanpa makan selama berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan”. Terang Luqman berdasarkan pelajaran sains yang dipelajari di sekolahnya.

“Betul tu. Antara air dan makanan yang mana satu lebih mudah didapati dan murah harganya?” tanya ayahnya lagi.

“Tentulah air sebab ada banyak sumber seperti perigi , mata air, sungai dan air hujan. Kalau makanan…emm, kita boleh dapatkan daripada pokok-pokok tetapi terpaksa mengambil masa untuk menunggu buah tersebut masak. Ujur Luqman lagi.

“Memang betul air lebih mudah didapati. Malahan di dalam keadaaan tertentu air diperoleh secara percuma. Berbanding makanan yang lebih mahal harganya dan perlu melalui proses yang lebih panjang untuk diperolehi.”

“Antara air dan udara yang manakah lebih penting kepada mansuia? Si Ayah terus menguji Luqman.

“Tentulah udara! Sebab tanpa udara mansia akan mati. Malahan udara boleh didapati secara PERCUMA”. Kata Luqman.

“Jika difikirkan tanda-tanda tersebut menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengasih. Semakin diperlukan semakin mudah dan murah. Manusia lebih memerlukan makanan berbanding emas. Maka makanan lebih mudah di dapati dan lebih murah berbanding emas.”

“Beritulah seterusnya Allah menjadikan sesuatu yang semakin diperlukan semakin mudah diperolehi dan semakin murah harganya, hatta sehingga ke tahap percuma! Demikianlah tanda-tanda petunjuk kepada MANUSIA YANG MAHU BERFIKIR.

Oktober 22, 2008 - Posted by | Artikel

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: