Nicks00’s Blog

Just another WordPress.com weblog

Bila Si Dia Dah Sakit Hati Apa Nak Buat?

Cara bijak mengawal kemarahan…..

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Harap semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat dan

bahagia selalu.

Masih ingatkah lagi zaman kanak-kanak anda?

Masa zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling gembira dalam hidup kita .

Masakan tidak….masa tu kita tidak ada tanggungjawab yang besar untuk
dilaksanakan, tak reti nak kecil hati, tak reti nak marah ( marah budakbudak
tu biasalah
) dan bermacam TAK RETI lagi.

Sejak dari kecil lagi kita diajar tentang banyak perkara. Salah
satunya ialah cara bagaimana untuk mengawal perasaan marah.

Mengawal perasaan marah juga perlu ada kemahiran. Kebolehan

dan kemahiran untuk bersikap tenang dalam menghadapi apa jua

keadaan atau situasi yang mencabar sangat berguna untuk diri kita

sendiri.

Ok hari ini saya ingin bincangkan bagaimana untuk mengawal
kemarahan supaya ianya tidak akan meninggalkan kesan yang buruk
dalam apa jua hal dan keadaan.

Tetapi walau bagaimana pun pada sesetengah keadaan, kemarahan adakalanya amat diperlukan.

Eh macam mana ni? Kenapa pula kita perlu marah ?

Oh….jangan cepat gabrar…..kita perlu juga marah tetapi marah
yang boleh mewujudkan satu keadaan yang kondusif…
Hehehe…mana ada macam tu ? Jika dah marah tu, sudah pasti
suasana akan jadi tegang.

Hmmm….sebenarnya dalam perniagaan, kemarahan
adakalanya amat diperlukan. Tetapi ia bergantung pada teknik
kemarahan yang anda gunakan itu.
Boleh faham ke? Tak boleh ya.
contoh……..


Si Ali ni adalah seorang pengurus sebuah syarikat yang
menguruskan jual beli kereta. Si Ali ni selalu juga marah-marah tetapi
dia berjaya mengawal kemarahannya demi kecemerlangan
perniagaannya.

Bagaimana?

Pada suatu ketika dia bersama dengan seorang temannya Si
Azam. Dengan si Azam ni , si Ali boleh berseloroh, bercerita dan
bertepuk tampar dengan baik.

Tetapi apabila tiba dalam hal yang
berkaitan dengan urusan perniagaan sikapnya berbeza sekali di mana
si Ali ni menjadi lebih tegas dan mudah melenting jika sekiranya
stafnya gagal melaksanakan misi syarikat tersebut.

Jadi, apa yang dapat buat kesimpulan ialah rasa marah itu perlu
jika ada staf yang tidak fokus dan main-main ( ini dalam bidang
pekerjaan la ).

Jadi rasa marah ini, kadangnya akan mewujudkan satu keadaan
yang tidak baik dan kita harus mengawalnya dengan bijak. Ok mari
kita kongsikan cara mengawalnya.

1. Rasai bahang kemarahan
Rasa marah untuk sekali sekali tu ada baiknya. Sifat itu sebenarnya
membuatkan kita menjadi lebih peka dan berjaga-jaga. Secara tidak
langsung ia boleh memotivasikan diri kita untuk muncul menjadi
seorang pemimpin yang terbaik. ( Jangan melampau dah ler )


2. Kawal minda

Kadang kala kemarahan yang melampau membuatkan
seseorang menjadi bukan dirinya yang sebenar. Dan ada masanya
mereka bertindak di luar batasan. Sikap ini tidak baik untuk
kecemerlangan diri.

Cara yang sebaiknya adalah dengan mengawal
minda bawah sedar kita , supaya ia tidak mempengaruhi minda sedar
sehingga membuatkan diri tidak berpijak di bumi yang nyata. Seelok-eloknya
berfikir dahulu apakah kemarahan itu memberi keuntungan
atau tidak, Jika ya, tidak salah jika kita meluahkan kemarahan. Jika
tidak, lebih baik anda belajar mengawalnya.


3. Rancang kemarahan

Hehehehe…boleh ke rancang kemarahan ni Ktom? Aha…dalam
hal ni biasanya ada juga orang yang boleh berbuat demikian dan kita
pun kena boleh ler…. Apatah lagi pada perkara-perkara yang begitu
mustahak dan amat diperlukan dalam kehidupan. Sesiapa yang bijak
mengatur strategi dan bijak menangani kemarahan ini adalah orang
yang berjaya.

4. Buat 10 pengiraan
Aduhai….susah sekali untuk mengawal kemarahan ni
sebenarnya. Tetapi teknik membuat kiraan sehingga sepuluh
merupakan teknik paling klasik yang selalu dan boleh diamalkan.
Mulakan buat pengiraan satu, dua, tiga……sepuluh. Selalunya dalam
kiraan empat, panas di hati sudah mulai surut.


5. Bersembang bersama teman

Cara ini juga dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang
sedang dialami. Ada masanya kita mendapat teman yang sudi
mendengar luahan hati kita dan ada juga yang tidak suka. Jika
mereka tidak mahu mendengar sekalipun, sekurang-kurangnya waktu
itu dapat kita gunakan untuk menenangkan dan meredakan sedikit
perasaan bengang yang ada pada kita.

6. Rancang kembali kemarahan
Nak rancang semula kemarahan? Macam mana ni? Pelik betul
bunyinya…..Tak pernah dengar pun?
contohnya ;-

Katakanlah kita memerlukan minyak untuk melancarkan sebuah
roket. Roket selalunya ada hala tuju dan matlamat. Tetapi apa jadi
bila minyak yang kita gunakan itu tidak mempunyai mekanisme
dalaman yang dapat mengawal kelancaran roket tersebut? Tentu tak
ada gunanya bukan?

Jadi minyak itu adalah perumpamaan sebuah kemarahan. Jika
kita gagal mengawalnya, yang kita miliki hanya sebiji bom yang akan
meletup dan memusnahkan semua yang ada di sekeliling kita. jadi
fikir-fikirkanlah samada jika mahu menjadi minyak roket atau memiliki
sebiji bom.


7. Cuba lapangkan dada mendengar kata-kata golongan yang anda
anggap lemah itu.
Tak kiralah siapa mereka, jawatan mereka atau
pangkatnya. Mungkin nasihat mereka itu ada baiknya.

8. Tuju pada matlamat
Seharusnya kita sudah menuju ke matlamat sebenar. Dengan
adanya teman-teman di sisi, kekuatan dalaman dan kedalaman fikiran
kita , maka kita sudah bijak untuk mengatur strategi kemarahan kita
supaya kita dapat menanganinya dengan baik.

9. Ambil air sembahyang
Cubalah tenangkan sedikit kemarahan yang melanda itu dengan
berwuduk. Semuga dengan air sembhyang yang membasahi wajah
kita dapat mengawal kemarahan yang ada dalam diri kita itu.
Masih banyak perkara yang boleh dilakukan, pasti anda
ada pengalaman bagaimana untuk mengawal kemarahan anda.

Oktober 22, 2008 - Posted by | Artikel

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: